Cari Blog Ini

Selasa, 6 September 2011

Gastrik....... apakah puncanya??



Assalammualaikum.....

Lambat skit bersiaran hari ini, actually sehari sblm raya haritu doktor sahkan aku gastrik...pergh...kalau sahkan mengadung orait gak..nie gastrik...nak tergelak pun ada... rasanya iouls mkn terlebih cukup... tengok badanlah kan..tetibe doktor ckp...saye doktor ke awk doktor?? so dengah sahkan saye nie gastrik ke doktor?? doktor kata gastrik iouls nie bukanlah di tahap yang serius..tapi kalau kerapkali jd mcm nie..pedih ulu hati..senak..mual dan loya(mcm simptom peknen pun ada) maka.. rajin2le ke klinik berhampiran dn buat follow up... kirenye gastrik aku nie masih tahap 1 lagi le.....

Macam takleh terima tp nie la hakikatnye..sbb iouls jarang mkn tghri... selalu bekpes pagi..then skip tghri koz balik keje kang nk masak dan mkn kat umah before 7pm... lunch just mkn kudap2an..tak pun just tdo je.... so hari ini, iouls saje skip tghri sbb nak rasa betul tak?mmg iouls rasa mcm tu...angin dan gastrik..tu yang jadi mual dan loya pening bagai..nak kata peknen..tgh bendera jepun!!

Mula la terkial2 kol hubby kul 2..mintak belikan mknn..tp smpai skng delevery tak mai lagi..sbb hubby o/s ke nilai.. jap g smpai la... he3..mujur ada en hubby yang sgt memahami...iouls pun mula menggugel... apa sbnrnya gastrik nie..selama nie selalu dgr kwn2 ckp gastrik..en hubby pun de gastrik... so kali nie..rasa sendiri..mmg teramatlah pedih ku rasakan.......... setelah di godek2..nie yang iouls dpt.......




Secara umum, gejala gastrik adalah:




Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan.




Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol.




Mual.




Muntah.




Hilang selera.




Perut bahagian atas terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan sedikit.




Hilang berat badan.




Pedih ulu hati.


“Serangan gastrik mudah dikawal dengan pengambilan ubat antasid (untuk mengurangkan keasidan dalam perut) atau makan pada waktu tetap. Gastrik juga boleh jadi masalah sepanjang hayat jika pesakit tidak menjaga pemakanan kerana ketika ini perut sensitif.


“Jika sensitif atau tidak sesuai dengan satu-satu jenis ubat, segera tukar kepada ubat lain. Ada banyak jenis ubat gastrik di pasaran, pasti ada yang sesuai dengan kita.


“Paling penting, jangan makan ubat ketika perut kosong melainkan jika diarah begitu dan patuhi jadual pengambilan ubat kerana makan ubat ketika perut kosong atau dos berlebihan boleh memberi kesan pada dinding perut,” katanya.


Gastrik tidak bermakna tidak boleh berpuasa. Malah, berpuasa (atau mengosongkan perut) adalah baik untuk kesihatan secara keseluruhan.


Memang orang yang ada gastrik tidak ‘tahan’ dengan keadaan perut kosong, tetapi kata Dr Abd Hamid, mengosongkan perut selama 14 jam bukan tempoh lama.


Orang yang ada gastrik dinasihatkan mengambil ubat setiap hari, sama ada selepas berbuka atau ketika bersahur.


Fahami juga ‘kuasa’ atau tindakan ubat. Jika ia perlu makan sehari sekali, bermakna ubat itu boleh memberi ‘perlindungan’ atau mengurangkan keasidan dalam perut selama 24 jam.


Maknanya, dengan pengambilan ubat, pesakit boleh menjalankan ibadat puasa seperti orang lain tanpa masalah.


Bagaimanapun jika terlupa mengambil ubat, ibadat puasa masih boleh diteruskan dan ia tidak mendatangkan kemudaratan.


“Pesakit tidak sepatutnya menderita kerana gastrik. Ia adalah gangguan yang mudah diatasi, dengan syarat pesakit didiagnos dengan betul dan mendapat rawatan sepatutnya.


“Keradangan perut yang dibiarkan tanpa rawatan boleh berubah kepada ulser.


“Jika masih tidak diberikan rawatan ia mungkin menjadi kanser, tetapi kes ini jarang berlaku.


“Bagaimanapun, jika ubat diberikan doktor masih tidak berjaya mengatasi masalah gastrik, pesakit boleh meminta untuk dirujukkan kepada pakar supaya masalah sebenar dapat diketahui dan dirawat segera,” katanya.


Elak makanan pedas, masam


BEBERAPA langkah boleh diambil untuk mengelak dan mengawal gejala gastrik, iaitu:


Makan secara bijak. Jika anda kerap sakit perut selepas makan, buat perubahan pada jadual makan anda. Makan lebih kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Ia boleh menampan penghasilan asid perut.




Elakkan makan makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak.




Kurangkan minum minuman beralkohol. Ia boleh mengganggu penghasilan mukus beralkali dalam perut dan menyebabkan dinding perut radang atau berdarah.




Berhenti merokok. Asap rokok juga memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok sebenarnya menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.




Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan.




Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan.




Kekalkan berat badan seimbang. Masalah ketidakhadaman makanan boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira berat badan, tetapi sakit perut akibat refluks asid lebih kerap melanda orang gemuk.


Mengekalkan berat badan seimbang membantu mengawal dan mengelakkan simptom gastrik.




Banyakkan bersenam. Sebarang jenis senaman aerobik (30 minit sehari) sebenarnya membantu meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung yang secara tidak langsung merangsang aktiviti otot usus. Ia memudahkan aliran makanan ke dalam usus.




Belajar mengendalikan tekanan. Tekanan meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan proses pencernaan makanan. Ini menyebabkan seseorang lebih berisiko mengalami masalah sakit perut dan mendapat gejala gastrik. Tekanan juga meningkatkan risiko serangan jantung dan strok, melemahkan sistem pertahanan badan dan mencetuskan pelbagai masalah kulit

Ahad, 4 September 2011

Mood Selepas Cuti Raya 2011

Assalammualaikum....

Selamat Hari Raya utk sesiapa yang membaca N3 ini...masih ingat kat kampung lgi ke? ehm..mestilah... iouls rasa..cuti kali nie lama sgt... 9 hari bercuti di kampung iouls di johor..mmg happening sangat...walaupun dah lama sgt cuti..tapi masih rasa tak puas... alngkah bahagianya kalau masih dalam percutian di kampung... alahai...homesick suda saye nie.... tulun..tulun...

Terima Kasih yang tak terhingga kepada suami tercinta...Mr Syuk.. yang sudi menuruti kemahuan isterimu selama bercuti di kampung isterimu ini... mana nak cari suami terbaik mcm nie... 9 hari di kampung bini... sesungguhnya isterimu ini sangat bahagia.... simptom raya tahun nie mmgle tak terasa sgt..mungkin sbb iouls belum ada anak kecil..harap2 tahun depan dapatle kami beraya dengan baby baru..amin... doakan saye ye kawan2... tagline kami adalah..USAHA+DOA +TAWAKAL = KEJAYAAN..

Kepada keluarga mertua yang sentiasa memahami menantu mu ini...ibu mertua yang sentiasa memahami menantunye yang ngengada nie..tapi sbb mak mertua iouls sgt sportingla..dia merelakan..berayalah di mana2 pun..asalkan kami bahagia.........tapi tahun depan, iouls akan beraya di KL dulu... raya kedua barulah balik johor...adil la kan... tapi kalau dh balik johor..mmg seminggu la gamaknye.........he3

Hari Isnin, bersamaan 7 Syawal... hnmm masih lengang lagi opis nie... masih ramai yang bercuti... so hari ni  enjin tak panas lagi..nak elax2 je..esok baru buat keje..he3..boleh tak boss..sorryla boss harini iouls nk mkn gaji buta... jgn marah ye boss.. bulan syawal takleh marah2...mintak maaf zahir batin ye boss.he3

Selasa, 23 Ogos 2011

Kari Kepala Ikan,mabeles!! -Ala2 mamak..tak mamak sgt le.......






NGEEEEEEEEE..........arini iouls agak rajin bersiaran..bos takdelah pulak dari pagi...entah ke mana pulak agaknye... tp yang penting leh la wat aktiviti jahat skit... sbb sistem kat opis pun down..mcm tau2 je suh wat jahat skit...saje nak duga keimananku di bulan yang mulia ini.......

N3 nie dah lama sgt dok peram... tp teringin nk buat lagi...sbb encik hubby sibuk tanye bile nak buat g... Actually iouls buat nie ikut citarasa ioulks...dok edit2 ngn derhaka2 skit kat resepi2 yang ada dalam mana2 tenet.... pastu ngn tanye kawan2 opis la cane nk buat kari kepala ikan yang mabeles nie...

bAHAN2nye..pejam mata pun bolehla..senang je

Kepala Ikan Merah(Belah dua di bahagian tgh)di cuci dan direndam dengan air asam jawa selama 15 minit
Kayu manis dan adik beradik seangkatan
1 sudu kecil halba
6 sudu besar rempah kari ikan(iouls guna baba's)
2 sudu serbuk cili(iouls guna baba's)
Minyak utk menumis
2 sudu besar air asam jawa
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 batang serai(diketuk)
1 sudu besar gula melaka
2 labu bawang besar(di mayang)
3 biji bawang putih(di racik2)
1/2 inci halia(ditumbuk halus)
2 tangkai daun kari
3 biji lada besar(warna hijau)
5-6 tangkai bendi
1 biji tomato
garam

Cara-caranya:

Dikuali panaskan minyak...Tumis Bawang besar, bawang putih, halia,kayu manis dan seangkatan hingga naik bau..masukkan daun kari..tumis sebentar.. dan masukkan halba dan serai..
Masukkan serbuk cili dan serbuk kari(yang dibancuh dengan sedikit air) tumis hingga tanak.. jangan smpai kering, kalau kering leh le tambah air..ulang proses sehingga 3 kali..utuk kari betul2 tanak...
Masukkan air.. dan air asam jawa.. garam dan gula melaka...apabila mula mendidih..masukkan kepala ikan...dan tutup dengan penutup selama 10 minit...dengan api sederhana... kaupkan ikan sekali lagi,masukkan bendi dan tomato dan cili hijau dan santan pekat... tutup sekali lagi selama 10 minit..dengan api sederhana.... adjust rasa... erm..pasti memukau selera!!!

Selamat Mencube ye kawan2........

The Glee Project.....




Assalammualaikum...erm..countdown nak raya...Insyaallah..lagi seminggu kita akan menyambut hari raya... erm... harini 24 ramadhan... sekejap je masa berlalu...ibadat?erm...masih 0.03% je yang mampu iouls buat...apa nak jadi?tak insaf2 lagi kot?he3

Apa yang iouls nak share kat sini.. ialah salah satu rancangan yang iouls minat skrg..the glee project...erm..  apa yang menariknye audition utk mencari pelakon baru utk season 3 GLEE direalitikan...nice kan? actually iouls dh sibuk menggugel kat intenet..siapa yang menang..rupa2nya si samuel tu...yang rambut panjang ketak2... punye tak sabar2 nak tau kan...mmg perangai iouls mcm nie...tak menyabau2...hu3 sbb kalau boleh iouls tak mo lindsay menang..perempuan yang bajet bagus tu...... org lain takpe.. tp kalau marissa menang lg best!!!

                            nie si lindsay yang iouls meluat tu.tak suke..bwekkkkkkk               



cantik tak marissa nie.. i loikeeeeeeeeee

the top 4 finale


and the winner is..samuel larsen

catatan :-tak sabarnye iouls nak tgk glee season 3 nie... he3......
                                     

Cara-cara menahan diri dari kemarahan.....saye cube k!!


1. Istighfar
2. Senyum
3. Melihat cermin (masa marah tu, terus tengok cermin. Cantik tak muka masa
tu?)
4. Lambatkan tindak balas dan tarik nafas. Oksigen akan menenangkan fikiran.
5. Anggap perbuatan dia tidak sengaja dan terus ta'awuz (auzubillah..)
6. Banyak minum air
7. Ambil wudhu
8. Tukar tempat
9. Pecahkan rutin harian
10. Lepaskan (eg : exercise, riadah,main games)
11. Jaga pemakanan (orang yang suka makan daging merah cepat marah)
12. Memaafkan orang lain
13. Ingat mati
14. Dukung bayi




Isnin, 22 Ogos 2011

Makna Tahi Lalat dimuka-Mengikut kepercayaan Cine...

Kedudukan 1 hingga 3
Sebagai seorang anak, anda agak memberontak dan semangat percuma. Anda mempunyai kreativiti semula jadi dan mendatangkan kesan yang sebaik-baiknya apabila anda diberi kebebasan. Secara umumnya, ketua anda seperti avante garde pendekatan anda kepada kehidupan. Jika anda mempunyai tahi lalat di sini, anda adalah jauh lebih baik dalam perniagaan dan menjadi bos anda sendiri dan bukannya bekerja untuk seseorang. Apa yang menjanjikan ialah bahawa anda mempunyai nasib untuk menjadi bos anda sendiri.
Kedudukan 4
Anda adalah seorang yang impulsif, sering kali bertindak dengan Kepatuhan budak kebohongan yang memberikan anda karisma dan personaliti yang berkilauan, tetapi anda boleh menjadi sukar apabila terdapat pendapat yang terlalu banyak. Anda cenderung untuk menjadi agak bertengkar, tetapi tidak pernah memegang dendam. Tahi lalat ini cenderung untuk memberi anda sabar letupan dan anda perlu membuat keputusan untuk menghapuskan, anda akan mendapati diri anda menjadi lebih tenang dan lebih aman dengan dunia.
Kedudukan 5
A tahi lalat di atas kening yang menunjukkan bahawa terdapat nasib kekayaan dalam kehidupan anda, tetapi anda akan perlu untuk mendapatkan dan bekerja lebih keras daripada kebanyakan orang. Semua pendapatan yang anda buat mestilah dengan teliti disimpan kerana ada orang-orang yang cemburu dengan anda yang mungkin cuba untuk manis bercakap anda ke dalam perpisahan dengan kekayaan anda. Berhati-hati terhadap orang-orang yang cuba menarik minat anda dalam skim cepat kaya cepat. Jika anda mempunyai tahi lalat di sini, adalah dinasihatkan tidak terlalu mempercayai orang lain. Ikut naluri anda dan berhati-hati. Dan tidak pernah membenarkan orang lain untuk mengawal kewangan anda.
Kedudukan 6
A tahi lalat di sini menunjukkan kecerdasan, kreativiti dan kemahiran sebagai seorang artis. Bakat seni anda boleh membawa kepada kekayaan, kemasyhuran dan kejayaan. Ia juga menunjukkan nasib kekayaan, tetapi ini hanya boleh dijadikan kenyataan sepenuhnya jika anda mengikuti jantung anda lebih daripada kayu kepada cara-cara konvensional membuat hidup. Kejayaan akan datang jika anda berani.
kedudukan 7
Tahi lalat di bawah kening itu menunjukkan hujah-hujah dalam keluarga luas yang menyebabkan anda kesedihan dan rasa tidak puas hati. Ini akan menjejaskan kerja dan kehidupan anda. Adalah lebih baik untuk menyelesaikan apa-apa perbezaan anda dengan saudara-mara anda jika anda ingin ketenangan fikiran untuk bergerak ke hadapan.
Kedudukan 8
Ini bukan satu kedudukan yang sangat baik untuk tahi lalat. Kedudukan kewangan anda akan sentiasa berada di bawah terikan kerana kecenderungan untuk mengeluarkan terlalu banyak uang. Anda juga mempunyai kegemaran untuk perjudian. Satu-satunya perkara anda perlu tahu bila untuk berhenti. Sementara itu, seseorang yang mempunyai tahi lalat di sini mempunyai kecenderungan untuk bermain-main dengan ahli-ahli daripada jantina yang bertentangan serta dengan jantina yang sama. Lebih baik sedikit arif di mana anda mengenakan daya tarikan anda, atau anda mungkin mendapat masalah.
Kedudukan 9
Kedudukan tahi lalat ini menunjukkan masalah seksual dan lain-lain. Ia adalah satu tahi lalat yang malang dan anda dinasihatkan untuk membuangnya. Ia membawa Litani kesengsaraan dan perarakan masalah.
Kedudukan 10
A tahi lalat di sini betul-betul di bawah hidung menunjukkan nasib keturunan yang sangat baik. Anda dikelilingi oleh keluarga pada setiap masa dan akan mempunyai ramai kanak-kanak dan cucu. Anda mempunyai sokongan mereka yang rapat dengan anda dan akan kedua-dua material dan emosi dipenuhi.
Kedudukan 11
Tahi lalat di sini menunjukkan kecenderungan untuk tunduk kepada penyakit. Ia adalah idea yang baik untuk mempunyai tahi lalat ini dikeluarkan terutamanya jika ia adalah tahi lalat besar, berwarna gelap. Jika tidak menggunakan banyak yayasan untuk menampung.
Kedudukan 12A
 tahi lalat di sini menubuatkan yang berjaya tetapi juga kehidupan yang sangat seimbang. Anda mungkin bukan sahaja kaya, tetapi terkenal juga. Tetapi walaupun anda mempunyai setiap peluang untuk hidup dalam suasana kehidupan yang tinggi, anda akan mempunyai sebuah rumah yang memuaskan dan kehidupan keluarga serta. Wanita dengan tahi lalat di sini terutamanya bernasib baik dan cenderung untuk menjadi indah dan Glamourous serta.
Kedudukan 13
Anak-anak anda akan menjadi kebimbangan besar dalam kehidupan anda. Hubungan anda dengan mereka tidak baik. Ada apa-apa yang boleh anda lakukan mengenai perkara ini kecuali untuk belajar toleransi beberapa.
Kedudukan 14
A tahi lalat di sini mencadangkan pendedahan kepada makanan yang boleh menjadi satu masalah besar dalam kehidupan anda. Anda mungkin mempunyai alahan terhadap makanan tertentu atau anda hanya boleh makan terlalu banyak.
Kedudukan 15
Anda adalah seorang yang sentiasa bergerak dan sentiasa mengubah suai dan mereka bentuk semula rumah anda. Anda suka akan diperkenalkan kepada perkara-perkara baru dan melihat tempat-tempat baru. Anda tidak berpuas hati jika anda kekal dalam satu tempat untuk waktu yang lama. Anda menikmati perjalanan dan pengembaraan, dan mempunyai mata yang sangat taat.
Kedudukan 16
Anda perlu berhati-hati apabila makan, dan juga apabila ia datang kepada kehidupan seks anda. Ini adalah dua besar yang anda hadapi masalah. Anda cenderung untuk mempunyai isu-isu berat yang boleh membuat anda tertekan. Anda menikmati percintaan, kadang-kadang dengan lebih daripada satu orang, tetapi kerana anda adalah seseorang dengan moral beberapa, anda akan merasa bersalah tentang hal itu dan ini akan menyebabkan tekanan yang banyak.
Kedudukan 17
Anda akan menjadi seorang yang terkenal sosial yang hebat. Anda aktif di tempat kejadian sosial dan pandai bercakap-cakap yang sangat baik. Terdapat kecenderungan untuk menjadi sombong tentang kejayaan, anda yang boleh kehilangan nama baik anda. Ini akan menjejaskan diri anda dengan mendalam kerana anda menarik keyakinan dan nilai diri dari apa yang orang lain memikirkan anda.
Kedudukan 18
Anda adalah seorang yang sentiasa bergerak. Terdapat banyak perjalanan ke luar negara dalam hidup anda, tetapi anda harus berhati-hati setiap kali anda menyeberangi perairan yang besar, sebagai tahi lalat anda lebih suka anda tinggal di rumah.
Kedudukan 19
Anda mempunyai nasib yang wang dan banyak kawan-kawan baik, jadi ini adalah tahi lalat yang baik untuk mempunyai. Kelemahan anda adalah yang anda cenderung untuk tunduk kepada daya tarikan daripada jantina yang bertentangan. Dalam hidup anda, ia adalah ini yang boleh membawa anda ke dalam air panas, jadi jangan sejuk semangat anda!
Kedudukan 20A
tahi lalat di sini boleh sangat bernasib baik atau malang. Jika anda mempunyai tahi lalat di sini, anda ditakdirkan sama ada untuk kemasyhuran atau keburukan yang melampau. Anda mempunyai bakat besar untuk kreativiti dan juga yang sangat pintar, tetapi bakat anda boleh digunakan untuk kedua-dua baik dan buruk. Anda tidak boleh seseorang untuk menjadi trifled dengan untuk anda tidak pushover dan tidak memaafkan dan melupakan mudah. Tahi lalat ini adalah tanda seseorang yang akan turun dalam sejarah sama ada yang besar atau sebagai-kali berlaku zalim.
Kedudukan 21
Ini adalah tahi lalat yang baik, kerana ia menunjukkan banyak makan dan minum sepanjang hidup anda. Tahi lalat ini juga membawa kemasyhuran dan pengiktirafan.
Kedudukan 22
Hidup anda sentiasa gembira dan benda-benda berjalan dengan lancar untuk anda. Anda boleh menjadi superstar sukan jika anda mempunyai minat untuk itu. Tahi lalat di hujung kening juga menyarankan orang pihak berkuasa dan kuasa, jadi jika anda adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat, anda akan lakukan dengan baik.
Kedudukan 23
Anda mempunyai IQ yang tinggi, dan anda kedua-dua otak pintar dan jalan pintar. Anda mempunyai naluri survival yang sangat maju dan akan menjalani kehidupan yang bermakna dan panjang. Anda akan aktif sehingga usia yang sangat tua dan akan mempunyai rakan-rakan dan keluarga di sekeliling anda hingga ke akhir hayatnya.
Kedudukan 24
Anda akan mencapai kemasyhuran dan kekayaan dalam usia yang muda anda dan anda dinasihatkan untuk menggunakan tempoh ini untuk melindungi usia tua anda, sebagai orang yang mempunyai tahi lalat di sini cenderung untuk mempunyai harderlife apabila umur mereka.
Kedudukan 25
Anda akan menikmati kemakmuran baik dan nasib pengiktirafan, tetapi akan berhati-hati daripada berlebihan. Tinggal tradisional dalam sikap anda dan anda akan mempunyai kehidupan yang panjang dan bermakna.

Isnin, 8 Ogos 2011

Alhamdulillah..walaupun setengah...

Assalammualaikum.......                    

Selamat pagi... pagi-pagi nie bersiaran agak kelat-kelat sikit...sambil memanjatkan kesyukuran... apabila Perdana Menteri bersetuju mengumumkan setengah bulan gaji..bagi bonus raya tahun ini...ehm... minimum RM500 kepada kakitangan awam...syukurlah daripada kerajaan tak bagi langsung kan? Bagi ke tak bagi bonus sebenarnya kami sbg kakitangan awam..sangat2 dah bersyukur..amboii bodek PM nampak?