Cari Blog Ini

Khamis, 2 Februari 2012

Resepi Mee Kari Sedapppppppp Sangat!!!! (kurang berlemak)


Assalammualaikum....
erm..lama baru nampak batang hidung yang tak brapa nk timbul nie...he3... kebizian yang amat... dgn gaji SBPA, dengan aktiviti koya...dan kemalasan yang 25 jam sehari... mcm nielah jadinya... malas sgt nk hapdet blog...hu3... bila keje tak berapa banyak..thats why iouls leh berblogging...smbil tgk2 menu terkini kat azlita masam manis...he3

iols tak berapa rajin nk masak n ambik gmbar skrg...sbb kadang2 tak sempat nak ambik gmbr...cik abe dah ngap awal2...cuti wilayah smlm iouls ada masak mee kari... yang kali nie..saje buat kurang lemak, tapi still pekat dan melekat dan kurang minyak... apa yang beriya sgt iouls nak masak sbb en hubby kesayangan tetibe aje nak mkn mee kari... disebabkan en hubby bukanlah penggemar kari, tetapi bile dia dh request haaa...mmg sebetul2nya dia nk mkn lah tu....apa lagi... dia nak sgt, dia rajinlah ke pasar cari bahan masak...

Bahan-Bahan
Mee Kuning(Dicuci dan dicelur)
1 mangkuk ayam cincang dadu
Fish Ball dan Fish Cake
Kerang(iouls tak buh sbb tiada stok)he3
Santan 1 cAWAN
4 cawan air
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inchi halia
1/2 inci lengkuas
5 sudu besar serbuk kari ayam/daging
3 sudu cili giling
Rempah Tumis Kayu Manis dan adik beradiknya
garam secukup rasa
3sudu kerisik kelapa
2biji kentang(direbus dahulu dan diblend)
Minyak untuk menumis

Bahan Hiasan
Sawi dicelur
Telur Rebus
Daun Sup
Bawang Goreng
Tahu Goreng

Cara-Caranya.

1. Blend bahan bertanda *
2.Tumis bahan* bersama kayu manis
3.apabila dah wangi, masukkan cili boh dan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air
4.Tumis hingga garing n pecah minyak
5.Masukkan ayam, tumis dan tutup
6.Masukkan kiub ayam knorr
7.Masukkan fish ball dan fish cake,
8. Masukkan, kerisik,santan dan garam..biarkan sehingga pecah minyak.
9.Masukkan kentang yang dah diblend gebu dan masukkan. adjust rasa dan garam
10. Biarkan seketika di dapur dengan api yang perlahan.

Siap Untuk dihidang.........tips, tak perlu byk sgt santan, so kuranglah skit muaknye but still leh pekat kan kuah dengan menggunakan kentang yang ada manis asli tu...sedapppp sgt!!!
Cubelah ye.........Selamat Mencuba!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan